ad
AGENDA

Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci (VIDEO)

4 Mac 2025, 9:53 AM
Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci (VIDEO)
Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci (VIDEO)

SHAH ALAM, 4 MAC: Konsep kasih sayang perlu terus diterapkan dalam kalangan umat Islam supaya terhindar daripada sifat benci dan bersikap keras antara satu sama lain.

Pengarah Akademi Pemikiran Turath Ustaz Faiz Fateh Al Azhari ketika kupasan ayat ketiga Surah Al-Fatihah menjelaskan dua nama Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu membawa makna yang sangat besar dalam konteks perhubungan sesama manusia.

“Kedua-dua itu adalah berasal dari kata sama rahmah iaitu berkasih sayang… yang mana Allah SWT berulang kali menyebutnya dalam al-Quran.

[caption id="attachment_689890" align="alignleft" width="401"] Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut[/caption]

“Ini bermakna konsep kasih sayang itu amat besar dalam Islam. Allah SWT menjadikannya perkara utama dan para ulama memahami konsep itu, maka ia diterapkan dalam pengajian kepada anak murid.

“Oleh itu, penting konsep kasih sayang ini dimakmurkan kalangan umat Islam kerana tidak mahu hidup dalam keadaan benci, bersikap keras sesama manusia,” katanya menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin sempena Ramadan.

Dalam penutup kupasan, Amirudin berkata konsep kasih sayang itu sememangnya wajar dikekalkan bukannya bengis, takut, benci, curiga antara satu sama lain.

“Banyak kali ia disebut dalam al-Quran bermakna konsep kasih sayang ini bukan sahaja terpakai antara hubungan dengan Allah SWT tetapi bersama manusia juga,” katanya.

Terdahulu, episod ketiga surah berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran

Episod 2: ukur kefahaman umat

[embed]https://www.tiktok.com/@amirudinshari/video/7477819544002710791?is_from_webapp=1&sender_device=pc[/embed]

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.