ad
AGENDA

Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan abai anak ditolak

4 Mac 2025, 4:24 AM
Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan abai anak ditolak
Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan abai anak ditolak

SHAH ALAM, 4 MAC: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.

Keputusan dibuat Hakim Roszianayati Ahmad selepas mendapati pertuduhan dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, memenuhi pertuduhan bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, lapor Berita Harian.

Zaim Ikhwan dan Ismanira memohon dilepas dan dibebaskan daripada semua tuduhan dikenakan terhadap mereka pada 13 Jun tahun lalu, selain prosiding perbicaraan ditetapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ditangguhkan.

[caption id="attachment_685917" align="alignleft" width="445"] Kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin ditemui meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023. Foto Facebook Bernama[/caption]

"Kami membaca pertuduhan itu dan tidak menemui sebarang butiran mengenai kesalahan yang didakwa. Kami tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan diri berdasarkan pertuduhan.

"Kami tidak dapat memberi arahan kepada peguam bela kerana tidak menemui butiran dalam pertuduhan yang boleh dijawab, dan tidak tahu dengan tepat apa yang dituduh pendakwaan terhadap kami. Oleh itu, kami tidak dapat menyediakan pembelaan," katanya dalam afidavit yang dilihat media.

Pada 13 Jun lalu, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal sekitar Jalan PJU Damansara Damai pada jam 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Mayat Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.