ad
BERITA UTAMA

Tidak lapuk dek zaman, songkok pelengkap gaya lelaki Melayu (FOTO ESEI)

4 Mac 2025, 4:00 AM

Songkok mempunyai sejarah yang panjang dalam tradisi Melayu. Perhiasan kepala lelaki Melayu yang dikategorikan dalam keluarga destar ini dipercayai berasal dari Timur Tengah dan Asia Selatan sebelum diperkenalkan ke Tanah Melayu.

Di zaman dahulu, songkok digunakan oleh golongan bangsawan dan pahlawan sebagai lambang martabat dan kedudukan selain menjadi simbol kesopanan dan identiti masyarakat Melayu.

Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, songkok kini terus kekal menjadi perhiasan kepala yang sering digayakan terutama dalam acara rasmi dan keagamaan seperti solat berjemaah, majlis perkahwinan dan hari lebaran.

Jurufoto FIKRI YUSOF merakam proses pembuatan songkok yang diusahakan sekumpulan anak muda dipremis mereka, Butik Songkok Malaya yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, baru-baru ini.

Pembuatan songkok yang penuh ketelitian dan kemahiran bukan sahaja mencerminkan keindahan seni, tetapi membuktikan betapa pentingnya usaha menjaga dan meneruskan tradisi yang telah diwarisi sejak zaman dahulu.

[caption id="attachment_689799" align="aligncenter" width="812"] Pengarah urusan Malaya Revolution Sdn Bhd Hafzan Sardi dan Pengarah Operasi Asmidar Liatee Azhar menunjukkan koleksi songkok di Butik Songkok Malaya di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Harga untuk songkok bagi dewasa RM50 sehingga RM350 dan bagi songkok kanak-kanak pula RM30 hingga RM50.[/caption]

[caption id="attachment_689804" align="aligncenter" width="751"] Pekerja memilihan polar untuk menentukan saiz songkok yang ingin dibuat.[/caption]

Jarum peniti di cucuk pada songkok sebelum proses akhir jahitan.

[caption id="attachment_689802" align="aligncenter" width="794"] Pekerja, Muhamad Niki Sarul, 20, teliti menjahit songkok.[/caption]

[caption id="attachment_689801" align="aligncenter" width="812"] Pekerja butik Songkok Malaya, Aimad Faiz Mazlan, 23, menunjukkan perbezaan paten songkok mengikut negeri-negeri di Malaysia.[/caption]

[caption id="attachment_689800" align="aligncenter" width="815"] Pekerja butik Songkok Malaya, Aimad Faiz Mazlan, 23, menunjukkan songkok premium yang dilengkapi dengan konsep mewah dan paling menarik ia boleh dibasuh menggunakan mesin cuci.[/caption]

[caption id="attachment_689798" align="aligncenter" width="814"] Pekerja butik Songkok Malaya, Aimad Faiz Mazlan, 23, menyusun kotak songkok lama. Butik berkenaan menawarkan kempen  “Songkok lama tukar Songkok Baru”.[/caption]

[caption id="attachment_689797" align="aligncenter" width="755"] Pelbagai jenis dan reka bentuk kerongsang untuk aksesori hiasan songkok[/caption]

[caption id="attachment_689796" align="aligncenter" width="814"] Norhamidi Abdul Khalid, 51, memilih dan mencuba songkok jenis premium[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.