ad
AGENDA

SPRM buat 322 tangkapan sejak Januari, 99 dituduh di mahkamah

4 Mac 2025, 3:17 AM
SPRM buat 322 tangkapan sejak Januari, 99 dituduh di mahkamah
SPRM buat 322 tangkapan sejak Januari, 99 dituduh di mahkamah

SHAH ALAM, 4 MAC: Seramai 322 orang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh dua bulan bermula Januari lalu, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, sebanyak 238 kertas siasatan berkaitan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibuka sepanjang tempoh berkenaan dengan 99 individu dituduh di mahkamah, lapor Berita Harian.

"Kertas siasatan yang dibuka pada Januari membabitkan 138 fail dan baki bulan lalu," katanya seperti dilaporkan portal tersebut, hari ini.

[caption id="attachment_665089" align="alignright" width="453"] Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika ditemui media di pejabat SPRM, Putrajaya pada 9 September 2022. Foto BERNAMA[/caption]

Beberapa operasi besar dijalankan SPRM tahun ini antaranya Op Sky membabitkan sebuah syarikat perunding kewangan yang bersekongkol dengan pegawai bank bagi memperdaya ribuan penjawat awam.

Dalam Op Airway, sebanyak 12 akaun dan beberapa aset dibekukan susulan penahanan pegawai kastam, orang awam dan pengarah syarikat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai rokok elektronik.

Terbaharu, SPRM juga menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan Perdana Menteri ke-9 Datuk Ismail Sabri Yaakob dan menemui lebih RM170 juta wang tunai pelbagai negara.

Turut ditemui jongkong emas bernilai RM7 juta dalam tiga peti besi di sebuah 'safehouse'.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.