ad
AGENSI

Junjung titah Sultan: Mais tekad jaga hal ehwal Islam, banteras ajaran sesat

4 Mac 2025, 1:00 AM
Junjung titah Sultan: Mais tekad jaga hal ehwal Islam, banteras ajaran sesat
Junjung titah Sultan: Mais tekad jaga hal ehwal Islam, banteras ajaran sesat

SHAH ALAM, 4 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tekad untuk terus menjaga hal ehwal Islam termasuk membanteras ajaran sesat.

Pengerusinya berkata tekad berkenaan selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada istiadat pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor bulan lalu.

“Barisan anggota dan pengurusan Mais bawah kepimpinan patik, berjanji dengan izin Allah akan melaksanakan sebaiknya segala hasrat dan titah yang Tuanku amanahkan kepada patik sekalian,” kata Dato’ Salehuddin Saidin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan sempena majlis berbuka puasa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

[caption id="attachment_689762" align="aligncenter" width="703"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan tahun 2024 pada majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Asnaf turut dihadir Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 3 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 18 Februari, Baginda mengingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk meneruskan usaha membenteras ajaran sesat selain mengawas dan menambah baik sistem sekolah tahfiz.

Sementara itu, Salehuddin menzahirkan ucapan terima kasih atas perkenan Sultan Selangor yang melantiknya sebagai pengerusi baharu Mais yang berkuat kuasa Sabtu lalu.

“Sesungguhnya pelantikan ini merupakan amanah yang amat berat untuk patik pikul namun insya-Allah titah dan amanah Tuanku akan patik junjung di atas batu jemala patik bersama dengan anggota serta pengurusan Mais,” katanya.

Pada 20 Februari, Sultan Sharafuddin berkenan melantik Salehuddin menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang memendekkan tempoh perkhidmatan atas faktor kesihatan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.