ad
AGENDA

Menteri: PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan

3 Mac 2025, 12:30 PM
Menteri: PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan

PUTRAJAYA, 3 MAC: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran memaparkan nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku sebarang insiden.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan awal membuat panggilan kecemasan itu penting dalam menyelamatkan nyawa.

"Walaupun unit kecemasan tetap belum boleh diwujudkan di 1,292 tapak bazar di seluruh negara, paparan nombor kecemasan itu amat penting dalam menangani sebarang isu kecemasan," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke bazar Ramadan Presint 3 di sini hari ini.

Dzulkefly berkata demikian sebagai mengulas kejadian seorang lelaki warga emas rebah dan meninggal dunia pada hari pertama Ramadan di bazar Taman Seri Harapan, Baling, Kedah semalam.

Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Selain itu, Dzulkefly menasihati masyarakat yang mengunjungi bazar Ramadan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga susulan cuaca panas khususnya bagi warga emas dan kanak-kanak.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.