ad
AGENDA

12,600 tiket tambahan ETS dijual bermula 10 pagi esok

3 Mac 2025, 12:17 PM
12,600 tiket tambahan ETS dijual bermula 10 pagi esok

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini dalam usaha memenuhi keperluan perjalanan sempena sambutan Aidilfitri.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tambahan itu melibatkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral serta dua perjalanan bagi laluan KL Sentral - Butterworth - KL Sentral.

“Langkah ini diambil bagi menampung permintaan tinggi susulan tiket perkhidmatan tren ETS sedia ada habis dijual.

“Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan dengan jumlah keseluruhan 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna,” menurut kenyataan itu.

KTMB memaklumkan tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual esok bermula 10 pagi.

Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.