SHAH ALAM, 3 MAC: Fenomena air pasang besar, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di Klang esok, maklum Pejabat Daerah Dan Tanah Klang.
Paras air pasang diramal mencecah 5.1 meter antara jam 9 malam dan 4.7 meter pada waktu pagi di Stesen Pelabuhan Klang.
Serentak fenomena itu, cuaca pula diramal hujan lebat pada waktu pagi di beberapa tempat sekitar Klang dan ribut petir pada sebelah petang.
"Orang ramai diminta untuk bersedia dan sentiasa peka dengan keadaan alam sekeliling," menurut agensi itu di Facebook.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat boleh hubungi Pusat Operasi Bencana Daerah Klang 03-33829292 atau 016-2584350