ad
AGENDA

MB: Pembinaan stadium baharu Shah Alam seawal Mei, jangka siap 2027

3 Mac 2025, 9:00 AM
MB: Pembinaan stadium baharu Shah Alam seawal Mei, jangka siap 2027
MB: Pembinaan stadium baharu Shah Alam seawal Mei, jangka siap 2027
MB: Pembinaan stadium baharu Shah Alam seawal Mei, jangka siap 2027
MB: Pembinaan stadium baharu Shah Alam seawal Mei, jangka siap 2027

SHAH ALAM, 3 MAC: Proses perobohan Stadium Shah Alam mencapai kemajuan 78 peratus setakat ini, lebih awal daripada sasaran ditetapkan, maklum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata proses perobohan berjalan lancar mengikut jadual, yang memungkinkan pembinaan semula stadium baharu dijangka dapat dimulakan sekitar Mei atau Jun ini.

“Perobohan dah ke depan. Kita sasarkan 70 peratus (ketika ini), sekarang sudah 78 peratus perobohan selesai, dengan struktur asas sudah tiada. Cuma kita sedang pecahkan batu-batu itu untuk dijadikan asas kawasan stadium.

[caption id="attachment_673172" align="aligncenter" width="1140"] Permandangan proses perobohan Stadium Shah Alam ketika tinjauan di Seksyen 13, Shah Alam pada 11 November 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya lihat semuanya ikut jadual. Mulai Mei atau Jun, akan bina stadium baharu di Shah Alam dan ia akan siap 2027,” katanya selaku tetamu jemputan dalam segmen Teh Tarik, Kopi O terbitan Selangor FM, hari ini.

Mengulas mengenai persiapan Selangor selaku tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri masih mempertimbang dua lokasi bagi acara pembukaan dan penutup rasmi temasya itu iaitu Stadium Merdeka di Kuala Lumpur dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Kita ada dua pilihan. Pertama Stadium Merdeka yang boleh memuatkan 40,000 penonton, cuma cabarannya perlu pastikan tidaklah menyebabkan kesesakan lalu lintas agak tinggi.

[caption id="attachment_621791" align="aligncenter" width="1038"] Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dirakam pada 3 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Selain itu ada cadangan diadakan di SIC. Kita cuba lihat dua tempat ini. Seperti di Sarawak pun, pembukaan penuh gemilang dan penutup agak santai di stadium tertutup dengan kehadiran tidaklah berpuluh ribu,” katanya.

Sebelum ini, EXCO Sukan Najwan Halimi berkata lokasi penganjuran acara pembukaan dan penutup rasmi temasya dwitahunan itu dijangka diumum bulan depan.

Selangor menjadi tuan rumah temasya SUKMA 2026 selepas kali terakhir menganjur sukan berprestij itu pada 1998.

Pada pembentangan Belanjawan Negeri 2025, Amirudin mengumumkan peruntukan RM6 juta untuk melaksana program pembangunan sukan sebagai persiapan SUKMA ke-22.

[caption id="attachment_640670" align="aligncenter" width="1176"] Reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dipamerkan sempena Hari Jersi Selangor dan Pameran Awam Pembangunan KSSA di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.