ad
AGENDA

Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan, baik pulih rumah uzur

3 Mac 2025, 7:54 AM
Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan, baik pulih rumah uzur
Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan, baik pulih rumah uzur

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru, Kuantan, yang tabah menyara keluarga walaupun meraih pendapatan tidak menentu sekitar RM1,300 sebulan.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Mustafa Muda, di kediaman nelayan itu di Pahang baru-baru ini.

Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook beliau hari ini berkata kerja baik pulih rumah Mustafa akan segera dilaksanakan, agar keluarganya dapat tinggal dengan lebih selesa dan selamat.

Beliau berkata rumah yang didiami Mustafa dan keluarga semakin uzur dengan keadaan dinding mereput, atap bocor dan lantai uzur.

“Saya juga menyampaikan sumbangan wang tunai daripada perdana menteri sebagai tanda sokongan kepada keluarga ini. Mereka tidak minta kemewahan, hanya sebuah tempat berteduh yang lebih nyaman.

“Semoga bantuan ini menjadi langkah awal ke arah kehidupan yang lebih sejahtera buat mereka sekeluarga,” kata Ahmad Farhan dalam hantaran Facebook hari ini, yang turut dikongsikan Anwar.

- BERNAMA

[caption id="attachment_689717" align="aligncenter" width="917"] Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi (kanan) mengunjungi nelayan Mustafa Muda di Kampung Cherating Baru, Kuantan. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.