ad
AGENDA

Remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson

3 Mac 2025, 12:59 AM
Remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson

PORT DICKSON, 3 MAC: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memancing di laut berdekatan Jalan Pantai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Gelam, di sini semalam.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Kamal Mohd Timar berkata mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.28 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 23 anggota termasuk dua pegawai kanan selain dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Kemang, yang turut sama membuat pemantauan di pesisir pantai.

"Anggota PPDA terdiri daripada dua sektor membuat penyelamatan di permukaan air pada radius 50 meter dari pesisir pantai bagi mencari dan menyelamat mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah di Lukut," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.