ad
AGENDA

500 pendatang Israel serbu masuk Masjid Al-Aqsa hari kedua Ramadan

2 Mac 2025, 3:08 PM
500 pendatang Israel serbu masuk Masjid Al-Aqsa hari kedua Ramadan

BAITULMUQADDIS, 2 MAC: Lebih 500 peneroka Israel melakukan provokasi pada hari kedua Ramadan dengan menyerbu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Ahad melalui Pintu Maghribi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Menurut koresponden WAFA, pendatang berkenaan melakukan rondaan provokatif di sekitar masjid dan melaksanakan ritual keagamaan Yahudi, terutamanya di bahagian timur pekarangan itu.

Sejak serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat bermula pada Oktober 2023, pasukan keselamatan Israel telah memperketat sekatan di pintu masuk Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama, membenarkan lebih ramai peneroka Israel memasuki kawasan berkenaan sambil mengehadkan akses kepada rakyat Palestin.

- BERNAMA-WAFA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.