ad
AGENSI

MBI edar 500 kupon di bazar Ramadan Stadium Shah Alam Selasa ini

2 Mac 2025, 8:00 AM
MBI edar 500 kupon di bazar Ramadan Stadium Shah Alam Selasa ini
MBI edar 500 kupon di bazar Ramadan Stadium Shah Alam Selasa ini
MBI edar 500 kupon di bazar Ramadan Stadium Shah Alam Selasa ini

SHAH ALAM, 2 MAC: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan mengedar 500 kupon bernilai RM10 di bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 Selasa ini.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata agihan dibuat pada perasmian program Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar sempena Ramadan yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Sejumlah RM5,000 diperuntukkan Yayasan MBI untuk penyediaan 500 kupon digital untuk mereka yang mendaftar di bazar Stadium Shah Alam pada 4 Mac.

“Program dengan kerjasama Agrobank yang bersetuju menaja khemah buat peniaga di bazar Ramadan terpilih,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_661976" align="alignleft" width="500"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemu bual Media Selangor di Bangunan Darul Ehsan pada 6 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada masa sama, Azri memberitahu pihaknya akan menyediakan 500 pek makanan juadah berbuka puasa secara percuma dan edaran dibuat di bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14 setiap hari.

“Untuk setiap hari Jumaat agihan pek makanan diperluaskan ke Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai program Ihya’ Ramadan Yayasan MBI,” katanya.

Pada Ramadan tahun lalu, MBI memperuntuk jumlah sama bagi program itu melibatkan lapan lokasi antaranya bazar Kelana Jaya SS6/1, bazar CLC Semenyih dan bazar Alam Impian.

Pada 2023 MBI turut memperkenal Kempen PLATS Masuk Pasar selama dua bulan di 12 lokasi terpilih seluruh negeri dengan mengedar 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5.

Mula diperkenal pada Ramadan 2020, PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor dan setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancar bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

[caption id="attachment_617609" align="aligncenter" width="1368"] Pengunjung mengimbas kod QR Platform Selangor (PLATS) untuk menebus RM5 yang diberi percuma kepada pengunjung ketika program Plats Masuk Pasar di pasar malam Setia Taipan, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.