ad
AGENDA

SEC 2025: Muhammad Azeem pecah rekod kebangsaan, raih gangsa acara 60 meter

2 Mac 2025, 1:15 AM
SEC 2025: Muhammad Azeem pecah rekod kebangsaan, raih gangsa acara 60 meter

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) di dalam dewan awal pagi tadi, untuk meraih pingat gangsa pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2024 yang mewakili Universiti Auburn itu mencatatkan 6.56 saat (s) untuk berada di tempat ketiga pada aksi final acara 60 m yang berlangsung di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Catatan berkenaan menyaksikan atlet berusia 20 tahun itu memperbaharu rekod kebangsaan miliknya, iaitu 6.60 s dalam acara sama yang dilakukan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California, AS pada Februari lepas.

Emas acara 60 m itu dimenangi Jordan Antony dari AS mewakili University of Arkansas yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 6.54s manakala rakan sepasukan Muhammad Azeem, Israel Okon dari Nigeria akur di tempat kedua yang hanya dibezakan 0.01s.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.