ad
ADN

Masjid, surau sekitar DUN Pandan Indah terima sumbangan imarah Ramadan

2 Mac 2025, 1:00 AM
Masjid, surau sekitar DUN Pandan Indah terima sumbangan imarah Ramadan
Masjid, surau sekitar DUN Pandan Indah terima sumbangan imarah Ramadan

SHAH ALAM, 2 MAC: Sebanyak 34 surau termasuk musolla balai polis, bomba, dan ibu pejabat polis daerah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima sumbangan sempena Ramadan.

Wakil rakyatnya Dato' Ir Izham Hashim berkata sumbangan berupa wang tunai RM1,500 kepada musolla dan surau manakala RM2,500 kepada tiga buah masjid di DUN berkenaan serta buah kurma.

Menurut Izham di Facebook, sumbangan berkenaan diharap dapat mengimarahkan lagi aktiviti surau dan masjid sepanjang bulan Ramadan ini.

[caption id="attachment_689538" align="aligncenter" width="699"] Wakil Rakyat DUN Pandan Indah Dato' Ir Izham Hashim menyerahkan sumbangan kepada wakil surau polis pada Majlis penyerahan sumbangan Ramadan DUN Pandan Indah di Masjid Nurul Hidayah pada 1 Mac 2025. Foto Facebook Izham Hashim[/caption]

"Terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Nurul Hidayah yang sudi menjadi tuan rumah majlis. Semoga sumbangan dapat mengimarahkan lagi aktiviti surau dan masjid," katanya.

Dalam pada itu, Izham yang juga EXCO Infrastruktur dan Pertanian negeri mendoakan agar ibadah dan amalan semua umat Islam mendapat keberkatan dari Allah SWT sepanjang bulan Ramadan ini.

"Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izinnya kita masih dipertemukan dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

"Selamat menajalani ibadah puasa, sucikan hati, perbanyakkan ibadah," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.