ad
AGENSI

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri ajak rakyat imarah Ramadan, banyakkan ibadah

1 Mac 2025, 11:59 PM
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri ajak rakyat imarah Ramadan, banyakkan ibadah

SHAH ALAM, 2 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada penduduk Selangor.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah juga berkenan menzahirkan ucapan sama.

Baginda bertiga turut menzahirkan harapan agar umat Islam negeri ini menggandakan ibadah dan mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan khusyuk dan tawaduk.

"Perbanyakkanlah ibadat dan imarahkan bulan yang mulia ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk," menurut kenyataan.

Pejabat itu turut berkongsi terjemahan surah surah Al-Baqarah ayat 2:185 seperti berikut:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang benar dan yang batil). Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa…”

Umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa bermula hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.