ad
AGENDA

Dua lelaki melecur 75 peratus dalam kebakaran bengkel kenderaan di Klang

1 Mac 2025, 1:00 PM
Dua lelaki melecur 75 peratus dalam kebakaran bengkel kenderaan di Klang

SHAH ALAM, 1 MAC: Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Beliau berkata bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada 4.54 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati bahagian bawah rumah kedai tiga tingkat itu telah musnah 85 peratus dan terdapat tiga kenderaan dalam premis berkenaan. Kita juga dapati ada dua lelaki dianggarkan melecur 75 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini

Seramai 17 pegawai dan anggota serta tiga jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Klang Utara, Klang Selatan dan Kapar dihantar ke lokasi kejadian

Operasi memadamkan kebakaran masih dilakukan dan punca kejadian sedang disiasat.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.