SHAH ALAM, 1 MAC: Pasukan Selangor Red Giants (SRG) tekad mempertahan kejuaraan menerusi Liga Profesional (MPL) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Malaysia musim ke-15.
Pengurusnya Simon Lim berkata pasukan yang merangkul kejuaraan Mid Season Cup MLBB kini mempergiat usaha dengan meningkatkan latihan bersama.
[caption id="attachment_652852" align="aligncenter" width="717"] Ketua Pasukan Selangor Red Giants (SRG) Simon Lim. Foto Harimau Malaya[/caption]
“Liga kejohanan ini dijangka berlangsung di Stadium Bukit Jalil selepas Aidilfitri nanti. Buat masa ini, kita teruskan latihan dan terapkan beberapa elemen supaya dapat kekalkan kejuaraan selepas menang pada musim ke-13 dan 14 pada tahun lalu.
“Setiap hari mereka berlatih lebih lapan jam dan setakat ini semua pasukan beri komitmen amat baik kerana bagi saya ia elemen utama untuk mengekalkan kejuaraan untuk setiap pertandingan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.
[caption id="attachment_652603" align="aligncenter" width="782"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta EXCO Sukan Najwan Halimi menyambut ketibaan pasukan Selangor Red Giants (SRG) yang menjuarai kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang di Riyadh, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Julai lalu, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup MLBB.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyifatkan kemenangan pasukan SRG dalam kejohanan MLBB di Arab Saudi sebagai kejayaan luar biasa dan pencapaian bersejarah.
Pada November pula, SRG muncul juara MPL MLBB musim ke-14 selepas menewaskan Vamos 4-2 di Kompleks Sukan EduCity, Johor dengan membawa pulang hadiah AS$25,000 (RM109,450).
[caption id="attachment_688575" align="aligncenter" width="802"] Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, Klang menjuarai Selangor Future Cup 2025 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) antara sekolah negeri Selangor di pusat membeli belah AEON Mall Shah Alam pada 23 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Mengulas lanjut, Simon menyifatkan penganjuran kejohanan e-sukan, Selangor Future Cup minggu lalu adalah platform mencungkil bakat baharu yang dapat diserap dalam pasukan SRG.
“Ini nerupakan permulaan dan membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam e-sukan di Selangor sekali gus memartabatkannya ke peringkat lebih tinggi.
“SRG sedia membantu dan melihat bakat muda yang bertanding di kejohanan ini kerana kita boleh serap mereka dalam pasukan sebagai pelapis pada masa depan,” katanya.