ad
EXCO

Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India

1 Mac 2025, 8:00 AM
Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India
Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India
Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India
Dana RM1 juta teruskan program bantuan alatan niaga usahawan India

HULU SELANGOR, 1 MAC: Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) diteruskan tahun ini melibatkan peruntukan RM1 juta.

EXCO pembasmi kemiskinan berkata agihan dana mengikut daerah itu bermula Jun depan dengan menyasarkan sehingga 250 penerima.

[caption id="attachment_689481" align="aligncenter" width="757"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu ditemui media pada majlis penyerahan Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) bagi daerah Hulu Selangor di Dewan Orang ramai Batang Kali Hulu Selangor pada 1 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Permohonan perlu dibuat melalui ketua komuniti India supaya mereka dapat memastikan tiada penerima yang menjual semula barangan bantuan.

“Kita turut perkenalkan katalog digital untuk mudahkan pemohon memilih alatan bersesuaian dengan keperluan berniaga,” kata V Papparaidu hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan bantuan kepada 25 penerima bantuan I-Seed 2024 membabitkan peruntukan berjumlah RM150,000.

Sementara itu penerima M Malathy, 39, berkata sumbangan berupa peralatan salon membolehkannya membuka satu lagi cawangan.

[caption id="attachment_689482" align="aligncenter" width="814"] Malathy Maniam penerima Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) bagi daerah Hulu Selangor di Dewan Orang ramai Batang Kali Hulu Selangor pada 1 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Hari ini saya dapat kerusi, gunting dan pengering rambut. Bantuan ini membolehkan saya meluaskan operasi niaga sekali gus menambah pendapatan bulanan,” katanya.

Mula dilancar pada 2021, program I-Seed bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang diusahakan.

Setakat tahun lalu, seramai 410 usahawan India menerima manfaat I-Seed dengan peruntukan RM2.31 juta.

Antara syarat kelayakan permohonan I-Seed adalah seperti berikut:

  • rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun
  • individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan
  • perniagaan mesti beroperasi di Selangor

[caption id="attachment_689479" align="aligncenter" width="741"] Sebahagian penerima Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) bagi daerah Hulu Selangor di Dewan Orang ramai Batang Kali Hulu Selangor pada 1 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.