ad
AGENSI

Penjawat awam negeri dibenar pulang awal 30 minit sepanjang Ramadan

28 Feb 2025, 6:57 AM
Penjawat awam negeri dibenar pulang awal 30 minit sepanjang Ramadan
Penjawat awam negeri dibenar pulang awal 30 minit sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 28 FEB: Penjawat awam Selangor dibenarkan pulang setengah jam lebih awal sepanjang Ramadan menerusi Waktu Bekerja Fleksi (WBF) atau anjal, kata Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, waktu rehat juga dikurangkan selama tempoh itu selaras Perkeliling Perkhidmatan Sumber Manusia - Pelaksanaan WBF di Agensi Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Negeri memberi fleksibiliti kepada kakitangan bawah pentadbiran ini dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan mereka meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal.

"Pelaksanaan ini juga sebagai langkah menjaga kebajikan mereka agar dapat menjalankan tugas dengan lebih selesa dan seimbang sepanjang tempoh berpuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Fadzli berkata waktu operasi kaunter kekal seperti biasa bagi memastikan kelancaran urusan rakyat tanpa sebarang perubahan atau gangguan.

“Kerajaan Negeri komited memastikan kesejahteraan penjawat awam terpelihara tanpa menjejaskan kecekapan seiring dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Jadual pelaksanaan WBF seperti berikut:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.