ad
PBT

MBDK: RM182 juta laksana projek tebatan, kurangkan isu banjir di Klang

27 Feb 2025, 6:46 AM
MBDK: RM182 juta laksana projek tebatan, kurangkan isu banjir di Klang

SHAH ALAM, 27 FEB: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memperuntuk RM182 juta bagi Pelan Tindakan Mitigasi Banjir 2025-2030.

Datuk Bandarnya Dato' Abd Hamid Hussain berkata projek tebatan banjir itu dilaksana secara berperingkat bagi mengurangkan isu banjir di Klang.

"Pelan ini juga merupakan kesinambungan daripada kerja yang dilaksana sejak tahun 2021 dan ia sebagai tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk mengurangkan masalah banjir.

"Projek ini lebih tertumpu kepada kerja melebarkan dan mendalamkan parit sedia ada serta menaik taraf dan membina kolam tadahan di beberapa kawasan sekitar Klang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Penuh MBDK di ibu pejabat di sini hari ini.

Berikut merupakan kawasan terlibat dalam kajian Pelan Tindakan Mitigasi Banjir :

1. Sungai Kapar Indah dan sekitar

2. Jalan Pekan Baru 26

3. Bandar Sentosa

4. Bandar Puteri dan Bandar Putera

5. Taman Klang Utama dan sekitar

6. Taman Teluk Pulai dan sekitar

7. Taman Setia, Taman Gembira dan sekitar

8. Taman Palm Grove, Taman Chi Liung dan sekitar

9. Taman Maznah dan sekitar

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.