ad
AGENDA

Doktor ditahan selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit

27 Feb 2025, 5:00 AM
Doktor ditahan selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit

GEORGE TOWN, 27 FEB: Polis menahan seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata penjawat awam berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam tadi selepas menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kes berkenaan.

"Lelaki itu ditahan di hospital berkenaan dan kini direman empat hari hingga 2 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, doktor itu telah memperdaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita berusia awal 20-an ketika mangsa menerima rawatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.