ad
EXCO

RM1.6 juta bantu masjid, surau di Parlimen Gombak imarah program Ramadan

27 Feb 2025, 4:30 AM
RM1.6 juta bantu masjid, surau di Parlimen Gombak imarah program Ramadan

SHAH ALAM, 27 FEB: Sejumlah RM1.6 juta diperuntuk kepada 135 masjid dan surau sekitar Parlimen Gombak bagi meneruskan program Ihya’ Ramadan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata agihan sumbangan itu diberi kepada pentadbiran institusi agama berkenaan bagi melaksana aktiviti sepanjang bulan yang penuh keberkatan itu.

“Alhamdulillah seperti amalan lazim setiap kali hampir ketibaan Ramadan, saya akan mengagihkan sumbangan Ihya’ Ramadan untuk masjid dan surau di Parlimen Gombak.

“Insya-Allah, sumbangan ini diharapkan dapat membantu pengurusan masjid, surau Jumaat, surau, dan musolla yang pastinya akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti seperti berbuka puasa, sahur dan qiamullail,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Parlimen Gombak di Facebook.

Terdahulu, agihan bantuan disampaikan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar A Rahim Kasdi dalam satu majlis di Masjid Al-Syakirin, Taman Gombak Jaya, semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.