ad
AGENDA

Mayat bayi 19 bulan ditemukan di tebing sungai berhampiran rumah

26 Feb 2025, 11:51 AM
Mayat bayi 19 bulan ditemukan di tebing sungai berhampiran rumah

TANAH MERAH, 26 FEB: Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang sejak Isnin lepas ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berhampiran rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini petang ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Asmadi Ariffin berkata mangsa, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dijumpai oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.15 petang dengan jarak tiga kilometer dari rumahnya.

"Operasi SAR yang memasuki hari ketiga itu bermula pada 10.15 pagi melibatkan anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Nur Rahimi Muaz Ramli, 30, ketika dihubungi berkata mereka sekeluarga menghargai jasa dan sumbangan serta pertolongan yang diberikan oleh semua pihak dalam usaha mencari Hud Aryan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.