ad
BERITA UTAMA

Kurangkan import, negeri perluas tanaman jagung bijirin

26 Feb 2025, 9:00 AM
Kurangkan import, negeri perluas tanaman jagung bijirin
Kurangkan import, negeri perluas tanaman jagung bijirin
Kurangkan import, negeri perluas tanaman jagung bijirin

SHAH ALAM, 26 FEB: Selangor menyasar lebih 500 ekar tanah diusahakan dengan tanaman jagung bijirin pada masa depan bagi mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan ternakan itu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata selain penanaman di tanah gambut seluas 300 ekar buat masa ini, pihaknya telah mengenal pasti tapak tertentu termasuk di beberapa negeri lain.

"Semua sedia maklum, jagung bijirin yang paling besar ditanam di Kedah di keluasan 800 ekar, sementara Selangor lebih 300 ekar sahaja. Insya-Allah kita tambah lebih 100 ekar.

"Tanaman jagung bijirin sedia ada ini hanya mampu menampung lima peratus keperluan pasaran tempatan tidak termasuk permintaan dari negara luar. Oleh itu, kita cuba teroka negara jiran tetapi belum ada hasil kerana agak sukar menyakinkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

[caption id="attachment_689073" align="alignnone" width="726"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada sesi penggulungan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 25 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membangunkan pusat pengumpulan jagung bijirin di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang menempatkan mesin pengeringan dan penguraian.

Projek pembangunan pusat pengumpulan turut dilengkapi tempat penyimpanan yang mampu menampung kapasiti kira-kira 200 tan jagung itu kini sudah mencapai 30 peratus.

[caption id="attachment_625150" align="alignnone" width="835"] Exco Pertanian Ir Izham Hashim (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi menuai jagung yang sudah masak ketika Majlis Penuaian Jagung Bijirin Komersial PKPS di Kuala Langat Selatan pada 21 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata gudang makanan yang menempatkan stok simpanan makanan di Kuala Selangor bagi menghadapi sebarang situasi akan dirasmikan Ramadan nanti.

"Untuk pengetahuan, gudang ini bukan simpan stok sampai berbubuk tetapi disalur melalui Jualan Ehsan Rahmah, Ehsan Mart dan kedai-kedai lain.

"Menjelang 2028 atau 2029, kita akan ada 30 peratus atau tiga bulan bekalan protein dalam bentuk daging, ikan dan makanan asas seperti beras," ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.