ad
AGENDA

Cuba seludup dari Thailand, PGA rampas anak pokok durian, laici, longan nilai lebih RM1 juta

26 Feb 2025, 1:30 AM
Cuba seludup dari Thailand, PGA rampas anak pokok durian, laici, longan nilai lebih RM1 juta

KOTA BHARU, 26 FEB: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan seludup 14,500 pokok durian jenis 'black thorn', laici serta longan selepas menahan sebuah lori di Kampung Parit Air, Rantau Panjang pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu membabitkan lebih 1,000 anak pokok durian 'black thorn', 8,000 pokok laici dan 5,500 pokok longan dipercayai diseludup dari Thailand.

"Rampasan tanaman yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit itu dilakukan sekitar 10.20 malam selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan Op Taring Wawasan.

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.12 juta dan pemandu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai menjadi penghantar tanaman berkenaan ke pasaran tempatan turut ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.