ad
AGENDA

Polis giat kesan lelaki ragut, pukul warga emas

26 Feb 2025, 12:40 AM
Polis giat kesan lelaki ragut, pukul warga emas

IPOH, 26 FEB: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berkenaan satu video tular di media sosial membabitkan kejadian ragut di kawasan sekitar Simpang Pulai hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata laporan kejadian itu diterima kira-kira 1.35 tengah hari daripada mangsa yang merupakan warga emas berusia 62 tahun.

“Kejadian itu berlaku sekitar 9.40 pagi apabila mangsa dipukul dan gelang emas pada tangannya diragut oleh suspek yang menaiki motosikal Yamaha EZ115.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.