ad
AGENDA

Banjir: 62 individu di Tanah Merah dipindah ke tiga PPS

25 Feb 2025, 3:03 PM
Banjir: 62 individu di Tanah Merah dipindah ke tiga PPS

KOTA BHARU, 25 FEB: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat 10 malam ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim dengan menempatkan 38 orang daripada 12 keluarga; Balai Raya Padang Kijang (lapan orang, dua keluarga) dan SK Gual Jedok (16 orang, tiga keluarga).

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, JPS merekodkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melepasi paras bahaya, iaitu 10.08 meter (m) manakala Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras amaran dengan 22.97 m.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.