ad
AGENDA

Dewan Negeri Selangor rekod jumlah hari persidangan tertinggi antara negeri tahun lalu

25 Feb 2025, 1:24 PM
Dewan Negeri Selangor rekod jumlah hari persidangan tertinggi antara negeri tahun lalu

SHAH ALAM, 25 FEB: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun lalu mencatatkan bilangan hari tertinggi di antara semua negeri berdasarkan Skor Keterbukaan Awam oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pada 2024 jumlah hari persidangan ialah 22 hari dan ia sama dicatatkan pada 2022.

"Saya kemukakan bukti bahawa jumlah hari persidangan semasa saya menjadi Menteri Besar Selangor adalah jauh lebih banyak berbanding sewaktu Hulu Kelang jadi Menteri Besar.

"Buktinya tahun 2022 dan 2024 jumlah hari persidangan ialah 22 hari masing-masing sedangkan semasa tahun 2016 hanya selama 17 hari dan 2018, 16 hari," katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau menjawab tuduhan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengenai jumlah hari persidangan DNS di DNS  hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.