ad
EXCO

EXCO: Negeri sambut baik saranan polis perketat syarat konsert, aktiviti hiburan

25 Feb 2025, 8:00 AM
EXCO: Negeri sambut baik saranan polis perketat syarat konsert, aktiviti hiburan
EXCO: Negeri sambut baik saranan polis perketat syarat konsert, aktiviti hiburan

SHAH ALAM, 25 FEB: Kerajaan Negeri menyambut baik saranan polis agar syarat baharu permit penganjuran konsert dan aktiviti hiburan diperketat termasuk meletak papan tanda ‘tidak kepada dadah’.

EXCO kerajaan tempatan berkata cadangan berkenaan akan menjamin penganjuran program yang lebih sihat dan bermanfaat sekali gus mampu menjana ekonomi khususnya sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.

“Dari segi aktiviti memang kita galakkan yang sihat supaya sektor itu terus berjalan. Kita tidak mahu ganggu industri tapi dalam masa sama ambil maklum juga industri turut memberi sumbangan kepada pelancongan Selangor.

[caption id="attachment_688845" align="aligncenter" width="1123"] EXCO Kerajaan Tempatan Dato' Ng Suee Lim berucap ketika sesi soal jawab lisan sempena mesyuarat pertama (pembukaan) persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor pada 25 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Tahun ini adalah TMS. Kita galakkan lebih banyak persembahan yang boleh menghiburkan dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan boleh menjana ekonomi,” kata Dato’ Ng Suee Lim ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini polis Selangor mencadangkan penganjur konsert meletakkan papan tanda sebagai syarat baharu dalam kelulusan permohonan permit penganjuran konsert di negeri ini.

Ketuanya Datuk Hussein Omar Khan berkata perkara itu telah dikemukakan kepada pentadbiran negeri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan awal bulan ini.

Ia susulan kematian empat remaja pada penganjuran Konsert Pinkfish pada awal Januari disyaki mengambil dadah ketika menghadiri sambutan ambang tahun baharu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.