Dimulakan atas nama Tuisyen Rakyat pada 2009 secara fizikal yang terhad kepada enam mata pelajaran, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) ditambah baik kepada penggunaan portal dan aplikasi mudah alih ekoran perkembangan teknologi pendigitalan.
PTRS memberi manfaat kepada 65,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia meliputi 270 sekolah seliaan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Selangor yang menggunakan modul program itu. Kira-kira 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan bawah RM5,000 turut menyertai kelas bimbingan PTRS.
Mulai 2024, program itu diperluas kepada kira-kira 40,000 pelajar tingkatan empat untuk enam mata pelajaran. Tahun ini, bilangan itu dijangka bertambah kepada 130,000 pelajar.
Sejak Ogos 2023, pembelajaran boleh diikuti dengan mendaftar aplikasi ePTRS melalui telefon bimbit atau komputer riba melalui http://www.eptrs.my
Wartawan ABDUL RAHIM SABRI menyusun maklumat tentang dan kelebihan aplikasi ePTRS
11 mata pelajaran
Mulanya diajar dalam kelas fizikal yang berlangsung sehingga kini, enam mata pelajaran teras turut dimuatkan dalam aplikasi ePTRS
- mata pelajaran teras ialah:
- bahasa Melayu
- bahasa Inggeris
- sejarah
- matematik
- sains
- matematik tambahan
- rakaman pembelajaran fizik, kimia, biologi, pendidikan Islam dan pendidikan moral
- modul terbahagi kepada topik sesebuah mata pelajaran
Capaian pengguna
Sejak dilancar pada 13 Ogos 2023, ePTRS terima antara 100,000 hingga 150,000 tontonan dalam tempoh singkat. Selepas itu, aplikasi tersebut dinaik taraf untuk lebih pantas dan stabil
- 10,146 pelajar berdaftar antara Julai hingga Disember 2024
- tempoh tontonan keseluruhan dalam tempoh itu selama 5,438 jam
- 2,000 pelajar muat turun aplikasi pada 2024
- kebanyakan dari luar bandar iaitu Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
- sebilangan dari luar Selangor termasuk Sabah dan Sarawak
- terdiri semua kaum tetapi majoriti Melayu
Kelebihan
- boleh akses rakaman pembelajaran mengikut mata pelajaran
- peluang ikuti video teknik dan petua jawab soalan
- pengguna berdaftar boleh muat turun buku PTRS percuma
- peluang tanya soalan dan berbincang dengan tenaga pengajar
- soalan ramalan untuk latih tubi, imbas QR untuk semak jawapan
- boleh muat turun arkib tahun-tahun sebelumnya, modul setiap tahun berbeza
Penggubal modul
Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, seramai 40 guru dihimpun untuk membina kandungan mata pelajaran terpilih. Mereka terdiri daripada:
- guru cemerlang
- guru berpengaruh dalam YouTube
- guru tulis sendiri modul