ad
AGENDA

Anggota, pegawai polis ditahan bantu siasatan kes kecurian RM300,000

24 Feb 2025, 11:30 AM
Anggota, pegawai polis ditahan bantu siasatan kes kecurian RM300,000

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Dua anggota polis berpangkat Inspektor dan Koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian melibatkan kerugian RM300,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya mendapat kebenaran reman sehari terhadap suspek berusia 44 dan 34 tahun itu, semalam.

"Kertas siasatan sudah dibuka dan dua polis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan kecurian melibatkan kerugian RM300,000.

"Polis memandang serius kejadian ini dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rusdi menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.