ad
AGENSI

Zakat fitrah Selangor kekal RM7 Ramadan tahun ini

24 Feb 2025, 5:10 AM
Zakat fitrah Selangor kekal RM7 Ramadan tahun ini

SHAH ALAM, 24 FEB: Kadar zakat fitrah di Selangor kekal RM7 seorang tahun ini bagi umat Islam yang memakan beras putih tempatan dan beras putih import .

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan kadar bagi mereka yang memakan beras perang, beras pulut,

beras wangi dan beras merah pula RM15.

Manakala kadar RM22 seorang pula bagi mereka yang menjadikan herba poni, beras basmathi dan beras Jepun sebagai makanan ruji, jelasnya.

"LZS turut menggunakan kupon fitrah berwarna bagi memudahkan pembayaran mengikut kadar yang ditetapkan. Kupon hijau mewakili kadar RM7, kupon merah (RM15) dan kupon oren (RM22)," katanya menerusi kenyataan.

Agensi itu juga melantik 2,836 penolong amil fitrah (PAF) di seluruh negeri dan menasihatkan orang ramai membayar zakat berkenaan kepada PAF bertauliah.

"Pembayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan melalui 18 penolong amil di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta 97 maahad tahfiz dan sekolah agama swasta di Selangor," katanya.

LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat

sebagai saluran alternatif menerusi:

1. EZakatPay (https://fpx.zakatselangor.com.my)

2. Perbankan internet

3. Portal MyEg

4. Pos Online

5. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.