ad
ADN

ADN Kota Kemuning jumpa penduduk, dengar aduan isu setempat

24 Feb 2025, 2:29 AM
ADN Kota Kemuning jumpa penduduk, dengar aduan isu setempat
ADN Kota Kemuning jumpa penduduk, dengar aduan isu setempat

Oleh RAJA RAMAYA

SHAH ALAM, 24 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Kota Kemuning menganjurkan sesi townhall bersama lebih 100 penduduk di Dewan Azalea, Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini, semalam.

Wakil rakyatnya berkata program itu bertujuan untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dalam mencari penyelesaian isu serta cabaran dihadapi mereka.

Menurut S Preakas, antara isu dibangkit termasuk projek tebatan banjir, kerosakan jalan bawah seliaan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan, lampu jalan, premis perniagaan warga asing serta kewujudan kilang.

"Sesi Townhall ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Tenaga Nasional Berhad bagi membolehkan penduduk mengutarakan pandangan serta kemusykilan masing-masing," katanya.

[caption id="attachment_688642" align="alignnone" width="1007"] Wakil Rakyat Kota Kemuning S Preakas (lapan dari kanan) bergambar bersama penduduk yang menghadiri sesi townhall di Dewan Azalea, Seksyen 25, Taman Sri Muda pada 23 Februari 2025. Foto ADN Kota Kemuning[/caption]

Beliau menjelaskan agensi terlibat mengambil maklum terhadap isu yang dibangkitkan dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Sokongan orang ramai terhadap sesi townhall ini amat menggalakkan. Acara seperti ini membuka ruang untuk kerjasama erat antara pihak berkuasa dan penduduk dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan setempat," katanya.

Preakas memaklumkan sesi townhall seterusnya akan diadakan di Kota Kemuning dan Seksyen 28, Alam Mega, pada 1 Mac ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.