ad
AGENSI

MB: Malam Mahabbah Selangor semai rasa cinta kepada Rasul

24 Feb 2025, 2:00 AM
MB: Malam Mahabbah Selangor semai rasa cinta kepada Rasul
MB: Malam Mahabbah Selangor semai rasa cinta kepada Rasul

SHAH ALAM, 24 FEB: Program Malam Mahabbah Selangor sempena Festival Turath Islami menyuntik semangat masyarakat menyemai rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW.

Dato’ Menteri Besar berkata penganjuran juga membawa orang ramai mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui zikir dan meningkatkan rasa sayang terhadap Rasulullah dengan selawat.

“Insya-Allah program ini akan menjadi sebahagian daripada pengisian di negeri Selangor pada Festival Turath.

“Ia untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, melatih dan mendidik akhlak kita dengan lebih baik,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program itu di masjid negeri yang turut menampilkan Menteri Wakaf Mesir Dr Usamah al-Sayyid Mahmud al-Azhari.

Pada masa sama, Amirudin berharap usaha Kerajaan Negeri menyuburkan syiar Islam melalui penganjuran program keagamaan seperti ini meraih keberkatan daripada Allah.

“Semoga Selangor terus makmur dengan kejayaan ekonominya dan tidak ketinggalan program ilmunya, rakyatnya terdidik yang menampilkan kemajuan,” ujarnya.

[caption id="attachment_688612" align="alignnone" width="788"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari dan Menteri Wakaf Mesir Dr Usamah al-Sayyid Mahmud al-Azhari menghadiri Malam Mahabbah Selangor sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Februari 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Program bermula 8 hingga 10.30 malam meliputi dua sesi iaitu:

  • Sesi 1: Bacaan Dalail al-Khairat & Penyampaian Ijazah (8.00 – 8.40 malam)
  • Sesi 2: Tausiyah Perdana: Menghayati Ramadan Cara Salafus Soleh (9.00 – 10.30 malam)

Selain Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Islam Selangor, acara tersebut turut dianjurkan bersama Menteri Besar Selangor (Perbadanan) atau MBI, Inisiatif Buku Darul Ehsan, Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath dan masjid negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.