ad
ADN

DUN Kota Anggerik agih RM180,000 bantu 83 masjid, surau imarah program Ramadan

23 Feb 2025, 12:30 PM
DUN Kota Anggerik agih RM180,000 bantu 83 masjid, surau imarah program Ramadan
DUN Kota Anggerik agih RM180,000 bantu 83 masjid, surau imarah program Ramadan

SHAH ALAM, 23 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menyalurkan dana RM180,000 kepada 83 masjid dan surau.

Wakil rakyatnya Mohd Najwan Halimi berkata dana itu diagihkan bagi membantu pentadbiran institusi agama berkenaan mengimarahkan program sepanjang Ramadan.

“Hari ini kita raikan pimpinan dan jawatankuasa di 83 masjid dan surau seluruh DUN Kota Anggerik serta menyerahkan bantuan kewangan bagi mereka laksana sebarang program.

“Kita turut menyerahkan kopiah dan telekung kepada mereka serta kurma. Ini sebahagian tanda penghargaan atas bantuan dan khidmat bakti dalam menguruskan masjid dan surau," katanya ketika majlis Hi-Tea Ihya’ Ramadan DUN Kota Anggerik di Dewan Orkid Muzakarah di masjid negeri di sini semalam.

[caption id="attachment_688500" align="aligncenter" width="814"] Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi bergambar bersama wakil masjid dan surau pada Hi-Tea Ihya’ Ramadan DUN Kota Anggerik di Dewan Orkid Muzakarah di masjid negeri, Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]

Mohd Najwan turut memaklumkan pihaknya menyerahkan sepenuhnya pengurusan bantuan itu kepada jawatankuasa masjid dan surau berkenaan.

“Kebiasaannya masjid dan surau ada perancangan sendiri, terserah kepada mereka. Walaupun jumlah yang diterima tidak besar diharap dapat membantu pengurusan masjid dan surau menyemarakkan lagi aktiviti kerohanian,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.