ad
AGENDA

Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan

23 Feb 2025, 11:35 AM
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan
Noktah penantian puluhan tahun, bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima baki pampasan

SHAH ALAM, 23 FEB: Seramai 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya menerima baki pampasan berjumlah RM100,000 setiap seorang, sekali gus menamatkan penantian sejak 30 tahun.

Penyerahan baki pampasan disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dalam majlis kesyukuran di Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor hari ini.

Amirudin berkata penyelesaian isu yang tertangguh sejak 1994 adalah hasil kerjasama semua pihak yang berusaha mencari titik noktah biarpun dalam tempoh yang sangat panjang.

“Isu bermula apabila tanah ladang diserahkan untuk pembangunan moden, namun sekitar 2002 syarikat pemaju asal gulung tikar menyebabkan peneroka tidak menerima pampasan penuh dan pembeli rumah terbiar tanpa hak milik.

“Usaha penyelesaian dimulakan semula pada 2018 ketika saya mula memegang amanah sebagai Menteri Besar. Setelah melalui proses yang panjang, penyelesaian muktamad diluluskan pada Oktober 2022.

“Hari ini, baki pampasan tertunggak sekitar 30 peratus mula dibayar dengan RM100,000 disalurkan kepada setiap peneroka. Usaha ini bukan sahaja menoktahkan penantian puluhan tahun, malah membuka lembaran baru untuk Sungai Buaya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pentadbiran negeri akan menumpukan pembangunan infrastruktur di Bandar Sungai Buaya selepas hak milik tanah dan bayaran pampasan diselesaikan.

“Banyak permohonan berkaitan sekolah, masjid, klinik dan pelbagai kemudahan lain lagi. Sekitar Jun nanti atau selewatnya tahun depan kita dapat sediakan peruntukan. Saya tidak mahu janji kerana semuanya perlu ada cara, kena keluar dalam belanjawan dahulu.

“Selesai isu surat milikan, kita akan menggazet kawasan-kawasan seperti masjid, sekolah, klinik, dewan orang ramai dan kemudahan lain," ujarnya.

Bandar Sungai Buaya pada asalnya adalah kawasan Felda yang dibatalkan pewartaan Akta Tanah (kawasan penempatan berkelompok) 1960 pada 1995.

Pembatalan itu selaras pemohonan daripada pemilik tanah bagi membolehkan kawasan terbabit dibangunkan namun pemaju yang dilantik gagal memajukan akibat kemelesetan ekonomi.

Pada November 2022, Dato' Menteri Besar berkata seramai 3,580 penduduk Bandar Sungai Buaya menerima hak milik tanah secara berperingkat.

Beliau berkata hak pemilikan penduduk dinafikan akibat kecuaian dan kegagalan pelaksana pembangunan di kawasan tersebut menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

[caption id="attachment_688529" align="aligncenter" width="700"] Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bayaran pampasan kepada bekas peneroka pada majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan surat hak milik individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688532" align="aligncenter" width="700"] Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bayaran pampasan kepada bekas peneroka pada majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan surat hak milik individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688530" align="aligncenter" width="700"] Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bayaran pampasan kepada bekas peneroka pada majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan surat hak milik individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688554" align="aligncenter" width="700"] Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bayaran pampasan kepada bekas peneroka pada majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan surat hak milik individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688528" align="aligncenter" width="700"] Salah seorang bekas peneroka Felda Sungai Buaya terharu selepas menerima pampasan yang disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan surat hak milik individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688511" align="aligncenter" width="700"] DDato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bayaran pampasan kepada bekas peneroka pada majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan surat hak milik individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688527" align="aligncenter" width="700"] DDato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya dan surat hak milik individu di Bandar Sungai Buaya pada 23 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.