ad
ADN

Wakil rakyat tumpu tangani kesesakan lalu lintas di DUN Seri Serdang

23 Feb 2025, 6:30 AM
Wakil rakyat tumpu tangani kesesakan lalu lintas di DUN Seri Serdang

SHAH ALAM, 23 FEB: Isu kesesakan lalu lintas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menjadi tumpuan untuk diselesaikan pada tahun ini.

Wakil rakyatnya berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan pembinaan jalan penghubung di Kota Perdana bagi mengatasi kesesakan terutama pada waktu puncak.

“Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersetuju untuk melaksanakan jalan penghubung pada tahun hadapan dengan kos sebanyak RM20 juta.

“Ia akan memudahkan pergerakan keluar masuk penduduk khususnya di Lestari Permai, Lestari Putra dan Desaminium kerana kawasan ini hanya mempunyai satu jalan keluar sahaja,” kata Abbas Azmi kepada Media Selangor.

Pada masa sama, Abbas memberitahu rancangan pembinaan jejambat di Persiaran Lestari Putra untuk penyuraian trafik kini dalam peringkat akhir.

“Pembangunan jejambat membabitkan peruntukan RM400 juta. Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menunggu kelulusan dari Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abbas memaklumkan pembinaan masjid di Taman Lestari Putra dijadual bermula pada tahun ini.

“Alhamdulillah, pihak Jabatan Agama Islam (Jais) dan JKR telah meluluskan rancangan pembangunan. Kos libat RM20 juta ikut Belanjawan 2024 lalu,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.