KUALA LANGAT, 23 FEB: Kerajaan Negeri terus menerbitkan telefilem khas sempena Aidilfitri berjudul ‘Hanya Kita’, yang mengetengahkan mesej kekeluargaan.
Bakal ditayangkan minggu ketiga Syawal di saluran Radio Televisyen Malaysia, karya arahan Che Mie memaparkan kehidupan dua kanak-kanak yang menjadi yatim piatu berikutan ibu bapa meninggal dunia akibat kemalangan.
[caption id="attachment_688461" align="aligncenter" width="800"] Rakaman takbir Aidilfitri bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan barisan pimpinan Kerajaan Negeri di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 23 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Menampilkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan beberapa EXCO, telefilem selama 90 minit itu turut dibintangi Ungku Ismail, Christina Suzanne, Ropie, Mikael Noah dan Haifa Halina.
EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata telefilem berkenaan turut mempromosi inisiatif negeri yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor daripada bayi hingga warga emas.
[caption id="attachment_688458" align="aligncenter" width="729"] EXCO Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah ketika Rakaman takbir raya aidilfitri bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan barisan pimpinan kerajaan negeri di Pantai Batu Laut, Sepang pada 23 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Kita memilih tajuk ‘Hanya Kita’ yang bermaksud Selangor mempunyai semua program dan bantuan bawah Selangor Iltizam Penyayang bermula daripada bayi hingga warga emas.
“Bukan itu sahaja, drama khas yang ditayangkan di saluran TV1 dan TV2 diteruskan kerana semakin mendapat sambutan hebat daripada seluruh rakyat.
“Dato’ Menteri Besar akan buat penampilan khas dengan memegang watak sebagai guru besar yang membantu anak-anak yatim piatu menerusi pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri daripada pendidikan sehingga bakul makanan,” katanya selepas rakaman takbir Aidilfitri di Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat hari ini.
Tahun ini, kawasan tepi pantai menjadi pilihan bagi lokasi pengambaran takbir raya Aidilfitri yang disertai Amirudin dan barisan pemimpin Kerajaan Negeri termasuk ketua-ketua jabatan.
[caption id="attachment_688459" align="aligncenter" width="786"] Rakaman takbir Aidilfitri bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan barisan pimpinan Kerajaan Negeri di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 23 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Sejak 2021, Kerajaan Negeri menggunakan pengaruh selebriti bagi memperkenal inisiatif rakyat. Pada tahun berkenaan, Senandung Aidilfitri pertama kali disiarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Tahun berikutnya ia diteruskan dengan menampilkan artis terkenal antaranya Ziana Zain, Sissy Imann, Elyana Emrizal, Raja Azura, Bell Ngasri dan Azlee Senario.
[caption id="attachment_580074" align="aligncenter" width="812"] Erra Fazira antara barisan pelakon drama Selalu Ada menjalani penggambaran di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Seksyen 13 Shah Alam pada 5 April 2023. Drama khas terbitan Kerajaan Selangor sempena Aidilfitri ditayang kepada penonton di saluran TV2 jam 9 malam pada 3 Mei 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
Syawal seterusnya Selangor pertama kali muncul dalam kaca televisyen siaran perdana dengan mempertaruhkan drama lakonan seniwati popular, Erra Fazira bertajuk Selalu Ada.
Telefilem seterusnya bertajuk Ayah Panggil Balik diterbitkan menampilkan nama-nama besar seperti Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Syafie Naswip, Ropie dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
[caption id="attachment_626004" align="aligncenter" width="758"] Salah satu babak dalam telefilem Ayah Panggil Balik terbitan Kerajaan Selangor di set penggambaran di Rumah Cikgu Jenal, Jalan Sekolah, Morib, Banting pada 28 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]