ad
AGENDA

Mangsa banjir Pahang meningkat kepada 236 orang tengah hari ini

22 Feb 2025, 6:08 AM
Mangsa banjir Pahang meningkat kepada 236 orang tengah hari ini

KUANTAN, 22 FEB: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang terus meningkat kepada 236 orang daripada 74 keluarga setakat 1 tengah hari ini berbanding 209 orang malam tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Pengarah Pertahanan Awam Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman ketika dihubungi berkata banjir di Kampung Batu Kapor berpunca daripada limpahan air Sungai Semantan sehingga mengakibatkan 73 rumah ditenggelami air.

“Keadaan cuaca hari ini bertambah baik manakala paras bacaan Sungai Semantan sudah kembali normal. Sekiranya keadaan ini berterusan, ada kemungkinan mangsa boleh dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.