ad
AGENDA

Penumpang LRT maut jatuh landasan, operasi tren pulih 11 pagi tadi

22 Feb 2025, 5:13 AM
Penumpang LRT maut jatuh landasan, operasi tren pulih 11 pagi tadi

SHAH ALAM, 22 FEB: Seorang penumpang disahkan meninggal dunia akibat terjatuh di landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, pagi ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi kenyataan memaklumkan dalam kejadian 7.45 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Hospital Kuala Lumpur tiba di lokasi jam 8.27 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya menerusi Facebook.

Menurut kenyataan itu lagi, Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan susulan kejadian dan meningkatkan pemantauan di stesen.

Terdahulu, susulan insiden itu perkhidmatan tren di stesen PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur yang tergendala buat sementara waktu beroperasi semula jam 11 pagi tadi dan perkhidmatan bas perantara juga ditamatkan berikutan perkhidmatan tren kini beroperasi seperti biasa.

Rapid Rail selaku pengendali kepada perkhidmatan laluan Ampang/Sri Petaling memaklumkan, sebagai langkah keselamatan, pihak operasi telah menyahaktif bekalan kuasa di stesen itu bagi memberi laluan polis, bomba dan ambulans yang berada di lokasi untuk kerja menyelamat.

“Rapid Rail ingin memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian dan kelewatan perjalanan pagi tadi,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.