ad
AGENSI

Malam Mahabbah Selangor di masjid negeri Ahad ini, tampil menteri wakaf Mesir

21 Feb 2025, 2:00 PM
Malam Mahabbah Selangor di masjid negeri Ahad ini, tampil menteri wakaf Mesir
Malam Mahabbah Selangor di masjid negeri Ahad ini, tampil menteri wakaf Mesir

SHAH ALAM, 21 FEB: Umat Islam dijemput hadir memeriahkan Malam Mahabbah Selangor sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 23 Februari.

Program yang menampilkan Menteri Wakaf Mesir Dr Usamah al-Sayyid Mahmud al-Azhari dan diserikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dijadual bermula 8 hingga 10.30 malam meliputi dua sesi iaitu:

  • sesi 1: Bacaan Dalail al-Khairat & Penyampaian Ijazah (8.00 - 8.40 malam)
  • sesi 2: Tausiyah Perdana: Menghayati Ramadan Cara Salafus Soleh (9.00 - 10.30 malam)

Peserta boleh mendaftar dan mendapatkan teks (sesi 1) dengan menimbas kod QR di poster atau melayari www.turathislamiselangor.com

Selain Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Islam Selangor, acara tersebut turut dianjurkan bersama Menteri Besar Selangor (Perbadanan) atau MBI, Inisiatif Buku Darul Ehsan, Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath dan masjid negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.