ad
AGENSI

Mais ucap tahniah atas pelantikan Salehuddin, penghargaan buat Abdul Aziz

21 Feb 2025, 11:00 AM
Mais ucap tahniah atas pelantikan Salehuddin, penghargaan buat Abdul Aziz
Mais ucap tahniah atas pelantikan Salehuddin, penghargaan buat Abdul Aziz

SHAH ALAM, 21 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin sebagai pengerusi baharu Mais berkuat kuasa 1 Mac.

Mais dalam kenyataan mengalu-alukan kepimpinan Salehuddin untuk membawa agenda pemerkasaan Islam ke tahap tertinggi selaras Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Salehuddin merupakan peguam bela dan peguam cara serta pernah menjawat beberapa jawatan penting kerajaan, antaranya timbalan pendakwa raya, Unit Jenayah Komersial di Jabatan Peguam Negara pada 1994 hingga 2001 dan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Selangor (2003-2006).

“Beliau juga merupakan Anggota Mais dari 2007 hingga kini, selain turut memegang jawatan sebagai Ahli Dewan DiRaja Selangor sejak 2016,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Mais turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof atas segala khidmat bakti sejak dilantik sebagai pengerusi agensi itu pada 1 Januari 2021.

Menurutnya, sepanjang tempoh pelantikan tersebut Abdul Aziz menerajui Mais dengan penuh komitmen dan dedikasi khususnya dalam memperkasa hal ehwal Islam di Selangor.

[caption id="attachment_663306" align="aligncenter" width="766"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ditemui pada program serahan Jalur Gemilang dan ziarah merdeka Mais di lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Nama Mais harum di persada antarabangsa dengan pengiktirafan tertinggi iaitu Anugerah Emas sempena International Convention On Quality Control Circle begitu juga penerimaan pelbagai anugerah oleh agensi dan anak syarikat Mais,” katanya.

Semalam, Setiusaha Sulit Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melantik Salehuddin sebagai pengerusi Mais yang baharu berkuat kuasa 1 Mac.

Dato’ Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan berkata Baginda berkenan membenarkan permohonan Abdul Aziz memendekkan tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi Mais atas faktor kesihatan berkuat kuasa 28 Februari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.