ad
ADN

Wakil rakyat Sentosa mahu isu banjir terus diberi perhatian, penyelesaian tuntas

21 Feb 2025, 9:30 AM
Wakil rakyat Sentosa mahu isu banjir terus diberi perhatian, penyelesaian tuntas

SHAH ALAM, 21 FEB: Masalah banjir sekitar Bandar Botanik, Klang masih memerlukan perhatian walaupun pelbagai inisiatif sudah diambil.

Wakil rakyat Sentosa menghargai usaha dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini bagi menyelesaikan isu banjir di kawasan itu.

“Terima kasih kepada mantan Pengarah JPS yang telah berkhidmat untuk menyelesaikan masalah banjir di Dewan Undangan Negeri Sentosa.

“Masih banyak lagi perancangan perlu dibuat dan diharap Pengarah JPS yang baharu boleh membantu menyelesaikan masalah banjir khususnya di Bandar Botanik di Taman Sentosa,” kata G Gunaraj.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Selain itu, beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang berusaha mereaslisasikan penaiktarafan Taman Sentosa kepada status bandar yang akan dirasmikan esok.

“Dengan jumlah kepadatan penduduk 93,000 di taman ini, naik taraf dari status taman ke bandar ini bukan sekadar perubahan fizikal tetapi juga satu usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri berhubung penyelesaian isu perumahan rakyat di lima ladang yang berlanjutan sejak 28 tahun dengan pembinaan rumah untuk 245 pekerja ladang.

“Penting bagi pihak berkuasa dan semua pihak berkepentingan untuk terus bekerjasama mencari penyelesaian berkaitan isu dihadapi pekerja ladang lain demi kesejahteraan mereka,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.