ad
AGENSI

Usahawan dipelawa sertai program halal Hijrah Selangor

21 Feb 2025, 8:45 AM
Usahawan dipelawa sertai program halal Hijrah Selangor
Usahawan dipelawa sertai program halal Hijrah Selangor

SHAH ALAM, 21 FEB: Usahawan negeri ini dipelawa menyertai program Let’s Halal Hijrah Selangor pada 27 Februari di Pustaka Raja Tun Uda, di sini.

Bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, Hijrah Selangor memaklumkan ia terbuka kepada usahawan yang terlibat dalam industri kosmetik, makanan, farmaseutikal, logistik dan perkhidmatan.

“Penyertaan adalah percuma kepada usahawan Hijrah Selangor manakala bayaran RM300 dikenakan kepada usahawan luar.

“Jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR atau klik pautan https://www.hijrahpro.my/app/s/137-letshalal2025⁠,” katanya menerusi Facebook.

Antara modul latihan diketengahkan adalah kepentingan pensijilan halal, prinsip halal haram, prosedur pensijilan halal dan penilaian kendiri.

Hasil pembelajaran, peserta boleh tahu sejauh mana kesediaan syarikat dalam memohon sijil halal, anggaran dan cadangan kos terlibat bagi memenuhi pengesahan sijil halal Malaysia serta berpeluang tembusi pasaran halal dalam dan luar negara.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Atikah menerusi talian 016-336 3862.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.