ad
AGENDA

Warga emas meninggal dunia dalam tandas berkunci

21 Feb 2025, 4:38 AM
Warga emas meninggal dunia dalam tandas berkunci

IPOH, 21 FEB: Lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.14 pagi.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Trong yang tiba di lokasi membantu menyelamat warga emas itu dengan menggunakan alat pemotong 'bolt cutter' dan pengumpil 'crowbar' bagi membuka pintu.

“Apabila pintu tandas dibuka, warga emas itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada 8.45 pagi.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.