ad
AGENDA

Kilang permaidani di Nilai 3 musnah terbakar

21 Feb 2025, 2:42 AM
Kilang permaidani di Nilai 3 musnah terbakar

SEREMBAN, 21 FEB: Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di sini musnah seratus peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 7.49 pagi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat. Bahan yang terbakar adalah karpet jadi ambil sedikit masa untuk memadamkan api selain asap tebal dan angin kuat.

“Ketika ini kami sedang kawal api daripada mereka dan kerja pemadaman masih dijalankan. Kebakaran melibatkan kawasan seluas 27.8 x 46.4 meter persegi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai kanan dan 28 anggota termasuk beberapa jentera.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.