ad
AGENDA

Mangsa bah Negeri Sembilan, Pahang kekal 133 orang takat 8 pagi

21 Feb 2025, 2:31 AM
Mangsa bah Negeri Sembilan, Pahang kekal 133 orang takat 8 pagi

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Situasi banjir di Negeri Sembilan dan Pahang tidak berubah pagi ini dengan jumlah mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri kekal 133 orang, setakat 8 pagi.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata semua mangsa merupakan penduduk Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru, Taman Bandar Tinggi dan Kampung Sepri terdiri daripada 54 dewasa, 28 kanak-kanak serta dua bayi lelaki.

Beliau berkata banjir sudah surut dan dijangka mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Di Pahang, 49 orang daripada 12 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Lanchang, Temerloh.

Semakan menerusi portal public info banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati hanya Sungai Pahang di Kuala Krau (F1) Temerloh berada pada paras waspada, namun menunjukkan trend menurun.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.