ad
ADN

Perluas DRT di DUN Lembah Jaya, tingkat kecekapan pengangkutan awam

20 Feb 2025, 10:30 AM
Perluas DRT di DUN Lembah Jaya, tingkat kecekapan pengangkutan awam
Perluas DRT di DUN Lembah Jaya, tingkat kecekapan pengangkutan awam
Perluas DRT di DUN Lembah Jaya, tingkat kecekapan pengangkutan awam

SHAH ALAM, 20 FEB: Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya mencadangkan perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) diperluaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad berkata ia selaras dengan pembukaan jajaran lorong bas sepanjang satu kilometer di Jalan Ampang - Bandar Baru Ampang.

[caption id="attachment_673975" align="aligncenter" width="812"] Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad pada sesi soal jawab ketika Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Laporan menunjukkan peningkatan penggunaan lorong bas ini berkesan apabila terdapat peningkatan sebanyak 42 peratus sejak diperkenalkan.

"Saya cadangkan agar sistem DRT dapat dikembangkan selaras dengan pengenalan lorong bas di DUN Lembah Jaya bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi usul perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

[caption id="attachment_674335" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi bergambar di hadapan van transit atas permintaan (DRT) Mobi di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Dato’ Menteri Besar mengumum peruntukan RM20 juta bagi mengoptimum perkhidmatan Bas Smart Selangor dan van DRT.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu termasuk menambah zon baharu dan konsep pelaksanaan lebih meluas dengan pengendali perkhidmatan.

Perkhidmatan DRT dilancar 20 Oktober dalam Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.