ad
AGENDA

Wanita didakwa tipu urusan pelaburan mata wang asing RM500,000

19 Feb 2025, 6:04 AM
Wanita didakwa tipu urusan pelaburan mata wang asing RM500,000

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dalam urusan pelaburan mata wang asing RM500,000, dua tahun lepas.

L. Kaarthika, 37, seorang peniaga didakwa menipu P. Suresh Kumar, 61, dengan memperdayakan mangsa dalam urusan pelaburan itu di sebuah kondominium di Dang Wangi di sini, pada 19 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan mencadangkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin manakala peguam S. Selvaakumaran yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menjaga keluarga dan menanggung kos perubatan ibunya yang mengalami strok.

Hakim Azrul Darus membenarkan wanita itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.